Antara ciri-ciri pikat yang baik kebiasaannya di lihat dari segi fizikalnya seperti celak mata, mata, manik di leher, paruh, dada , sisik ikan, batang bulu lipas dan roma sisik ikan menurun dengan baik. Ada petua yang mengatakan roma sisik ikan yang baik adalah sisik kerang.
gambar ini adalah utk melihat samada sesekor burung itu rajin atau tidak. lagi cengkung pipinya menanakan lagi baik burung itu kerana bertambah rajin ia akan berbunyi. Serta carilah paruh yang kecil sahaja.
cuba perhatikan betul-betul pelapik ekor di gambar sebelah ia menyambut, (anak panah) nampak ekornya tersusun menjadi sebatang dan kemas. Biar bercabang janji kemas dan cuba perhatikan pelapik itu juga panjangnya terlebih sampai mencecah bulu warna putih ekor, itu tandanya burung yang kuat menekan saja, lambung guknya kurang.
Ekor kura pula haruslah nipis kerana jika eker kura yang tebal perangainya tidak menentu dan suka berubah-rubah, jika terdapat ekor kura pada guk 2 dan seladang jati ianya sangat baik, tidak elok pada guk 1sahaja, atau kurang sidikit qulitinya. namun masih boleh dijadikan pikat lagi sekiranya tanda-tanda lain ada pada guk 1, kerana yang penting adalah suaranya…
air sireh di panggil kerana warnanya seperti air sireh. Boleh lihat di bahagian leher atau bahagian manik yang menghala ke bawah dari lehernya, fungsinya angguk angga. warna mata jenis ini di panggil mata saga. Ini lah antara mata burung yang segak. kadang -kadang burung yang di bela lama pun belum tentu ada berwarna mata seperti ini, jika dapat burung warna mata seperti ini semasa memikat pelihara sahaja. Burung yang mempunyai warna mata seperti ini adalah burung tanjak taiko (ketua kawasan). Bulu temucut pulak adalah bulu yang menyucuk naik di atas dan bawah paruh, jika kita perhatikan pada muka burung di atas nampak ketara bulu jarum menyucuk naik , itu tandanya burung meluruh bulu dan bulu baru tumbuh semula.jangan sesekali di bawa memikat jika nampak bulu jarum pada muka naik sebegitu,burung sedang sakit,
Contoh tanjak bulu segak sampai ke ekor. Carilah burung yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti gambar di sebelah, ini tanda ciri-ciri pikat yang baik dan segak.
Perangai terkukur pikat dan pemikat
Suara lah sebenarnya penentu segalanya untuk memilih pikat yang baik, 70% keutamaan adalah suaranya dan 30% sahaja pada fizikalnya.
faktor utama untuk menarik terkukur hutan menghampiri burung pikat adalah suara bukannya pada fizikal, namun ada faktor-faktor tertentu pada fizikal terkukur yang boleh diramal untuk dijadikan denak yang baik ataupun tidak, kerana 30% ini lah yang akan membuatkan seseorng pemikat menjadi panas baran atau menzalimi haiwan kesayanganya sekaligus menzalimi dirinya sendiri, contoh seorang pemikat yang panas baran memiliki seekor denak suaranya 110% baik tetapi mempunyai fizikal yang tidak baik, tentu denaknya suka merajuk(tidak berbunyi) apabila si pemikat mengubah laman, ini akan membuatkan seseorang menjadi baran kerana burung hutan yang di idamkan tidak berjaya di tangkap disebabkan oleh perangai denak yang suka merajuk, apatah lagi denak itu dibeli dengan harga ribuan ringgit atau pemikat pergi memburu di luar negeri yang jauh bersama rakan-rakan, inilah yang membuatkan si pemikat hilang sabar atau malu dengan kawan-kawan sehingga memijak, menyepak seperti bola, menikam denak dengan tumang dalam keadaan tidak sedar sehingga menyebabkan denak mati sampai hancur tubuh burung itu, ingin di ingatkan supaya bacalah ayat Qursi atau apa-apa surah sebelum keluar memikat supaya kita terlindung dari menzalimi diri sendiri.. Apabila berada di hutan jagalah adap, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam, dan hubungan dengan haiwan. Jika terjumpa Orang yang zalim seperti ini, Aku lah yang akan menjadi wakil kepada haiwan itu untuk berdoa supaya diberi balasan setimpal dengan kelakuannya, mungkin pemikat tersebut tidak mengenali peragai denaknya kerana baru dibeli terus di bawa ke hutan, proses berkenalan ini lah yang selalu pemikat lupa sehingga saling tidak mengenali peragai antara satu sama lain, padahal berkenalan lah proses no.1 kita kena lakukan sebelum keluar memburu. Jadi jangan lah begitu, nescaya ada balasan untuk orng yang zalim terhadap haiwan kesayangan, mereka semua diciptakan untuk manusia sebagai perhiasan dan tauladan untuk di pelajari, apabila kita memutuskan memelihara haiwan, maka haiwan itu telah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebajikannya kerana ai adalah anugerah yang dikurniakan untuk dijaga, sekiranya tidak mampu menanggung amanah ini, maka serahlah kembali kepada kehidupan asalnya.
Cara untuk berkenalan bukanlah susah, hanya perlu meluangkan masa beberapa minit sahaja sekali hingga 3 kali sehari melihat dan cubu fahami gerak geri fizikalnya dan ubahlah tempat gantungnya sekurang-kurungnya seminit, lakukan sehingga saling faham memahami.
Dengan cara ini kita akan dapat berdialog dan faham bahasanya dan pikat juga akan faham bahasa dan perbuatan kita, ia akan menjadi mudah kerana apa yang kita arahkan tentu akan faham dan diturutinya .
contoh tanda-tanda pada pikat yang kita akan faham kelakuannya seperti takut atau ada bahaya seperti sewah, helang dan ular atau ai sedang demam, lapar, dan lain-lain lagi.
Dengan cara ini mudahlah kita dapat mengesan dan mengatasinya sebelum terlambat…
Mengikut petua orang dahulu, apabila menangkap burung hutan cabutlah 3 helai bulu yg bertanda anak panah pada gambar sebelah, ada 3 helai kiri dan 3 helai kanan di bawah kepak. Ada sehelai bulu panjang dan 2 helai bulu pendek kiri dan kanan kepak. Cabut 3 helai dan tinggal kan di laman, tujuannya sebagai kenangan tuan yang menjaga
burung hutan sekiranya ai bersawan atau bertuan, tetapi ada juga pemikat yang meninggalkan ekor.
Pemilihan sesekor burung boleh lihat seperti berikut :
celak
Celak mata yang baik biasanya burung yang mempunyai celak mata yang halus dan seperti menikam ke mata, burung seperti ini tidak membuat perangai di laman. Mampu mempunyai daya berusaha untuk menarik burung hutan terjun ke lamannya.
Paruh
Pilih paruh yang berbentuk halus seperti burung kelicap seolah-olah kayu yang di raut halus .
Mata
Pemilihan mata yang baik adalah mata yang halus dan kecil seperti mata seekor ikan keli atau mata hitamnya kecil di kelilingi warna kuning yang tebal. Jika kita lihat mata ikan keli maka mata terkukur juga di cari sedemikian rupa.
Telinga
Telinga merupakan aspek penting untuk terkukur pikat.Telinga yang nipis atau bulu yang menutup telinga haruslah jarang dan rapat ke telinga. Bulu yang menutup telinga tidak boleh tebal kerana untuk memudahkan pikat mendengar bunyi burung hutan dari jauh.
Kuku
Kebiasaannya kuku yang menjadi pilihan pemikat adalah kuku mati atau tidak tumbuh panjang. kuku mati adalah kuku yang dari asal di tangkap sehinggalah menjadi pikat tetap pendek dan tajam berbentuk jarum, kuku yang panjang juga boleh dijadikan pikat tetapi perlu selalu di potong sedikit hujungnya yang berwarna putih.
Ekor
Pemilihan ekor pula bergantung kepada burung tersebut, ada ekor lembing, ekor keli, ekor tebal, ekor nipis dan sebagainya lagi.Yang menjadi pilihan pemikat kebanyakannya ekor pendek halus sebatang atau ekor berbentuk lembing atau sudu. Ada juga pemikat yang suka seperti ciri-ciri diatas tetapi memilah ekor yang panjang dan lurus sebaris bentuk belakang .
Dada
Dada yang menjadi kegemaran pemikat adalah seperti dada itik nila atau seperti dada burung punai.
Leher
Leher pula haruslah besar dan pendek seolah-olah tiada leher.
Manik
Manik pada leher burung pikat harus seperti manik bintang, ada manik yang pecah ,manik penuh rapat- rapat dari atas leher, manik haruslah tersusun sebaris dan lain-lain lagi
Bahu
Bahu burung pemikat yang baik adalah bulu bahu yang tebal, jangan pilih bahu/ sayap yang mencengkuk kerana tidak kuat berlaga…
Bulu pasak tepi
Bulu pasak tepi mesti berbentuk halus dan sekata keseluruhannya, burung seperti ini selalunya tidak membuat perangai dan memilih laman.
Kaki
Kaki burung pikat yang baik adalah kaki bulat besar dan berbelah rotan semacam sisik kaki ayam hutan atau ayam sabung,burung seperti ini garang dan handal berlaga.
Bulu penyambut
Bulu penyambut yang di cari-cari para pemikat biasanya bulu penyambut sebatang seperti sampai dan tidak sampai kehujung bulu ekor sedikit sahaja, itulah tandanya burung yang rajin lambung guk dan suka menekan. Carilah bulu pelapik yang kurang dari lima helai itulah burung yang sabar..
Kepala
Kepala yang cantik seolah-olah seperti kepala burung merpati atau kepala burung punai, jika bentuk kepala pikat seperti biji gajus selalunya bermasalah..
Lesum Pipi
Burung tekukur yang mempunyai lesum pipi juga dikatakan jenis burung yang rajin berbunyi dan elok disimpan untuk dijadikan pikat namun harus ditambah dengan ciri - ciri fizikal yang lain..
Cara duduk
Jika burung melambung guk kedudukan badan mesti bongkok dan ekor mencecah lantai sangkar layang, burung seperti ini rajin dan cepat menjadi denak, jika ekornya tegak burung seperti ini perlu mengambil masa sedikit untuk menjadi pikat.
JANTAN & BETINA
Kiralah helaian ekor yg panjang termasuk ekor putih, jangan di kira ekor lawinya atau pelapik atasnya, kiralah yang panjang sahaja ada 11helai untuk BETINA dan 12 helai adalah JANTAN. kadang-kadang ada juga yang mempunyai 13 helai.. Oleh itu kita harus memeriksa tulang sepit ketam di bahagian duburnya, sekiranya burung betina tulang sepit ketamnya luas manakala burung jantan pula adalah rapat. Tetapi kadang-kadang ada juga burung jantan yang mempunya sepit ketam yang luas, kebanyakkan hanya burung pesum sahaja, jadi periksalah tulang sepit ketam sama ada keras atau lembut, jika burung betina tulang sepit ketamnya lembut kedua - duanya atau sebelah manakala tulang sepit ketam burung jantan pula keras.
Burung jantan mempunyai kaki yang lebih kecil dan panjang berbanding dengan burung betina manakala burung jantan pula mempunyai manik yang banyak dan terang berbanding burung betina yang sedikit dan jarang.
Burung jantan akan lebih banyak berbunyi dari burung betina dan sekiranya burung betina berbunyi, ianya akan mengeluarkan suara yang nyaring. Jika diletakkan dalam kelompok yang banyak, burung jantan akan mengeluarkan bunyi menekan (mengangguk/menguku) manakala betina tidak. Burung betina akan berbuat demikian jika tiada burung jantan dan bertemu dengan betina lain untuk berlawan.
Iris mata burung jantan lebih kecil dan lebih terang berbanding dengan burung betina. Jika diperhatikan betul - betul, bulu kepala (dahi) burung jantan lebih cerah berbanding dengan burung betina dan saiznya pula lebih besar dari burung betina. Kepala burung jantan kelihatan berbonjol sedikit manakala kepala burung betina kelihatan bulat sepenuhnya
Tip Penjagaan Burung Tekukur
Tip serta kaedah penjagaan burung tekukur peliharaan samada yang untuk dijadikan pikat atau yang dipelihara di dalam reban / ladung / sangkar besar. Jika kita tidak mengambil berat terhadap kebajikkan, kesihatan serta kebersihan haiwan peliharaan, mereka akan mudah dijangkiti kuman, diserang penyakit dan akan mati kemudian kita akan menanggung dosa. Sekiranya kita tidak menjaga kebajikkan diri sendiri, semestinya kita akan tahu apa yang akan ditanggung kelak.
1. Makanan.
Makanan burung tekukur dari jenis biji - bijian dan ianya hendaklah dibersihkan dari habuk serta benda asing dengan cara membasuhnya kemudian dijemur sehingga betul - betul kering dan disimpan dalam bekas yang tertutup. Sekiranya makanan itu untuk burung yang didalam sangkar besar, ianya bergantung pada anda sendiri samada perlu basuh atau tidak. Tetapi jika untuk dijadikan pikat, ianya perlu dibersihkan untuk menjaga suaranya. Boleh memproses makanan tadi dengan menambah madu dan telur sebagai zat tambahan tetapi harus diingatkan makanan tersebut hendaklah betul - betul kering. Alternatifnya anda boleh membelinya dipasaran yang sudah sedia bersih dan dicampurkan dengan madu serta telur. Proses menggoreng padi & kambu / sambau yang telah dicampurkan dengan madu dan telur. Ianya digoreng kerana untuk mengeringkan madu. Madu tidak akan kering jika hanya dengan menjemurnya dibawah pancaran matahari.
2. Minuman
Air minuman hendaklah dipastikan sentiasa bersih dan sentiasa bersihkan bekas air minuman. Sekiranya air minum burung terdedah pada cahaya matahari, anda perlu menukarnya 2 hari sekali. Air yang dimasak tidak sesuai untuk burung lagipun mereka tidak pernah minum air masak di habitat asal mereka namun anda boleh menggunakkannya. Jika menggunakkan air paip, anda perlu biarkan air paip itu didalam bekas lain untuk tempoh 1-2 hari supaya klorinnya mendap dibawah terlebih dahulu. Kemudian anda boleh menceduknya bahagian atas sahaja. Air yang sesuai ialah air semulajadi dari anak-anak sungai, air hujan dan air yang ditapis. Tambahkan air vitamin sebulan sekali untuk menjaga kesihatan burung.
3. Sangkar
Sangkar hendaklah sentiasa dibersihkan kerana najis - najis burung boleh mengundang kehadiran hama. Hama ini akan mendatangkan masalah mata dan selsema pada burung. Kadang - kadang burung ini akan makan najisnya sendiri sebagai ganti pasir untuk menghadam makanan dan semestinya tidak elok untuk kesihatan burung. Pastikankan sangkar terhindar dari bahaya agar tikus, ular dan sebagainya tidak dapat masuk kedalam. Jika untuk sangkar pembiakkan hendaklah betul - betul jauh dari gangguan kerana ianya akan membantutkan proses pembiakkan. Sangkar seeloknya ada kemasukkan cahaya matahari serta aliran angin supaya burung dapat berjemur, bermain angin serta mengelakkan daripada kehadiran semut.
4. Nutrisi Tambahan.
Sudah tentu burung yang dipelihara tidak dapat makan sepertimana di habitat asalnya. Oleh itu kita kena sediakan nutrisi tambahan untuk kesihatan mereka agar tidak mudah diserang penyakit. Untuk proses pembiakkan, burung betina memerlukan banyak zat untuk bertelur. Untuk dijadikan pikat pun juga begitu kerana burung yang sihat sentiasa galak dan rajin berbunyi.
5. Jemur Panas.
Burung tekukur suka berjemur pada waktu - waktu tertentu untuk memastikan bulu - bulunya kering. Ianya juga elok untuk menhindarkan burung dari hama serta kutu parasit. Seeloknya burung yang diikat pada sangkar layang atau sangkar bulat hendaklah dijemur panas pagi diantara jam 7-10 pagi.
6. Mandi
Burung tekukur juga suka mandi dan berendam didalam air untuk mengurangkan suhu panas badan. Jika burung dipelihara dalam sangkar besar, letakkan satu bekas yang bersesuain untuk burung - burung mandi dan air hendaklah selalu ditukar. Sekiranya burung yang ditambat pada sangkar layang, seeloknya sembur dengan penyembur air. Lakukannya diwaktu pagi kemudiannya dijemur dan lakukan paling kurang 2 kali seminggu
RANTAU / MERAP GUK
Rantau adalah merupakan 1 istilah yang selalu di gunakan bagi terkukur yang mana semasa menekan suaranya di penghujung nya ada guk.itu adalah istilah bagi burung RANTAU
PENGUKU / ANGGOK / KUKU
Isitilah ANGGOK ini adalah di gunakan bagi burung terkukur yang mana suara marah mengangguk-anggukkan kepala.Manakala istilah Penguku adalah isitlah bagi terkukur yang banyak anggok.
SELADANG JATI / TONGKAT MATI
Istilah ini adalah merupakan istilah yang di gunakan kepada sejenis terkukur yang tiada guk di hujungnya.
SELADANG GANTUNG / TONGKAT HIDUP
Isitilah ini adalah merupakan istilah yang di gunakan kepada sejenis terkukur yang pada permulaannya tiada guk di hujungnya.lama kelamaan akan keluar juga guk di hujungnya.
Seladang Jati juga merupakan RAJA TERKUKUR bagi kalangan kaki pikat.
TEMBAK / GERBANG
Tembak atau gerbang ni adalah merupakan istilah bagi terkukur yang suka terbang naik ke atas dari laman di tanah utk memujuk BH turun ke laman.Jenis tembak atau gerbang ni selalunya pikat yg berada di atas sangkar layang ,bila dia terbang naik dia akan terus hinggap di atas angga tanpa jatuh.itu tanda jenis tersebut
SELANG
"SELANG"adalah terkukur yang suaranya TEKAN kemudian ANGGUK. ada setengah orang dan Negeri memanggil SELANGKUKU.burung ini juga menjadi tarikan peminat terkukur khususnya
SULAM
Sulam ada istilah kpd suara terkukur yang berlapis-lapis mainannya.dan ada pelbagai rentak cara jalan mainan istilah sulam ini contohnya suara sulam ini : 1) jalannya 1,2,2,2,1,2,2,2,2,1 2) atau 2,2,2,2,1,1,1,2,1,2,1,2 dan berbalik-balik.itu cara jalan suara sulam. Maksudnya yang terperinci : 1) jalannya tekan, angguk,angguk,angguk, tekan ................................... 2) atau angguk,angguk,angguk, angguk, tekan, tekan,tekan, angguk .......................... Suara sulam lah paling di gemari oleh pemikat.jadi tidak hairanlah harga pikat atau denak yang banyak sulam TINGGI
GAGAP
Gagap adalah istilah suara terkukur yang tersangkut-sangkut semasa angguk.atau semasa menekan( perap / merap) pun boleh terjadi. Gagap ini adalah suara tersekat-sekat seolah-olah VCD rosak, Gagap juga ada pelbagai seperti ada gagap sangkut sekali, dua kali dan seterusnya dan ada gagap keseluruhan nya. Apabila gagap keseluruhannya ia di namakan gagap penuh. Gagap penuh sepanjang angguknya akan tersekat-sekat sehingga ia berhenti mengangguk.
TARIK AKAR
Berkenaan dengan istilah tarik akar tentu semua telah mengetahui apa itu istilah tarik akar. Ia di namakan tarik akar kerana suaranya menekan, menguku, lambung guk dengan suara yang perit dan panjang. Tarik akar ni selalunya ada pada guk 1 dan guk 2.yang paling banyak guk 2. Kenapa istilah akar ? suaranya ibarat menggunakan kedrat yg banyak seperti menarik akar tongkat ali.Tekanan tone nya pun panjang dan tinggi bukan C tetapi B
DAUN KERING
Istilah daun kering ini adalah istilah bagi seseekor burung terkukur turun dari atas pokok menuju ke arah denak atau pikat melayang-layang seperti daun kering. Jenis yang turun seperti ini adalah burung yang baik. Lagak turunnya seperti seekor kelawar di waktu malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan