Panduan Memilih Merbok Pikat Yang Baik
Merbok yang banyak derak.
Bulu plak hitam yang berbelang-belang di bahagian bawah ekor.
Burung yang hendak dipilih sebagai pemikat perlulah diperhatikan dibahagian ini. Burung 1 dan 2 kelihatan berbeza bulu plaknya.
Bulu plak yang lebih tebal dan banyak menunjukkan burung itu lebih banyak deraknya semasa berhadapan dengan lawan.
Sisik
Kepercayaan bahawa burung ketitir boleh membawa tuah atau sebaliknya kepada tuan yang memelihara di lihat berdasarkan bilangan sisiknya. Di sesetengah tempat, sisik yang pecah dicantumkan menjadi satu manakala di sesetengah tempat pula sisik yang pecah diambil kira sebagai satu. Bagi bilangan sisik hadapan, sisik dari jari tengah sehinggalah ke pangkal lutut sahaja dikira. Bilangan sisik di bahagian kaki kiri dan kaki kanan akan ditambah untuk menentukan bilangannya.
Biasanya bilangan sisik yang digemari pemikat ketitir ialah 32, 33, 34, 35, 37, 39 dan 40. burung ketitir yang mempunyai sisik 37 adalah burung yang paling baik untuk dijadikan pemikat, Mudah mendapat lawan, tak memilih lawan, tak memilih tempat atau pokok untuk beraksi....tetapi praktikalnya ada yang mengatakan kurang menjadi, Kadang-kadang ada juga sisik selain sisik 37 boleh dijadikan pikat yang baik tak meragam, tak pilih laman, tak pilih lawan (Tepuk dada tanya selera).
Burung ketitir yang mempunyai sisik 33 pula adalah burung yang sukar diperolehi., malahan jika ada pun harganya mungkin mencecah ribuan ringgit, ini kerana ia dianggap sebagai raja burung merbok, mempunyai tuah yang baik kepada pemeliharanya.
Ada juga petua yang diperturunkan tentang aktiviti memikat burung yang bersisik 33, Jika pemikat mendapati bahawa burung yang berjaya dipikat ini mempunyai sisik 33 maka beberapa perkara yang berkaitan amalan dan pantang larang yang perlu dipatuhi untuk memastikan aura burung ini tidak hilang semasa dalam peliharaan.
Kesimpulanya burung yang mempunyai sisik 32, 34, 35, 37, 39 dan 40 adalah burung yang boleh menjadi pemikat yang baik jika kena tempat duduknya dan cara tuannya menjaga.
Burung ketitir yang mempunyai bilangan sisik 36, 38 adalah burung yang dianggap tidak membawa tuah. Kebiasaanya penggemar ketitir akan melepaskan semula burung yang mempunyai bilangan sisik seperti ini. Ada juga pemikat yang memeliharanya kerana burung ketitir yang bersisik 36 dan 38 ini adalah burung yang mempunyai suara yang kasar / besar dan merdu namun ada beberapa syarat biasa dipenuhi oleh mereka.
Sisik
burung ketitr yang mempunyai bilang sisik 41, 42, 43 adalah burung yang lebih sesui untuk dipelihara di rumah sahaja kerana suaranya yang kebiasaannya merdu. Namun untuk dijadikan pemikat dianggap kurang sesuai kerana sukar untuk mendapat lawan. sisik jari belakang harus yang mempunyai bilangan sisik yang seimbang antara jari belakang sebelah kiri dan kanan. Pemikat biasanya akan cuba mendapatkan burung yang mempunyai bilangan sisiknya 7 sebelah kiri dan 7 sebelah kanan. Namun agak sukar untuk mendapatkannya.
burung yang bersisik 33, sisik 44 juga adalah antara burung diburu oleh penggemar ketitir. Burung ketitir yang mempunyai sisik 44 ini dianggap sebagai burung yang mempunyai aura yang kuat. Ia dianggap mempunyai aura penyeri rumah, pelaris dan keceriaan. Sebab itulah sarang burung ini biasanya digantung atau dipelihara di dalam rumah.
Paruh Ketitir.
Kebiasaan pemikat burung akan memilih burung yang mempunyai paruh yang kecil dan pendek. Mereka percaya bahawa paruh yang pendek dan kecil adalah tanda kepada seekor pemikat yang baik dan rajin berkerja.
Lubang Hidung.
Penggemar merbuk yang mementingkan suara yang kasar dan lunak biasanya akan memerhati saiz lubang hidungnya. Ianya hanyalah sebagai panduan untuk menentukan seseekor ketitir itu bersuara kasar atau kecil. Bagi lubang hidung yang lebih besar, suaranya akan pasti lebih kasar atau besar berbanding lubang hidung yang kecil. Saiz lubang hidung ini penting kepada peminat sekiranya ingin memilih burung untuk dibeli . Ini kerana burung yang dipelihara di dalam kandang biasanya jarang berbunyi. ini menyukarkan kita untuk memilih yang bersuara kasar yang dianggap lebih merdu.
Alis Mata
Alis mata atau kelopak mata adalah faktor yang sangat penting, Pilihlah alis mata atau kelopak mata yang berwarna biru kerana cepat jinak, jangan pilih kelopak mata yang berwarna hijau, kuning, pucat dan lain-lain tetapi jika suaranya merdu boleh juga dibela, Cuma perlu mengambil masa yang lama untuk menjinakkannya. Tidak ramai yang menyedari bahawa alis atau kelopak mata burung ketitir memainkan peranan yang penting dalam pemilihan pemikat yang baik. Alis mata menjadi panduan untuk memilih pemikat yang tahan dan sukar kalah bila berhadapan dengan burung hutan yang garang. Ada pemikat yang memelihara bertahun2 dan dapat menangkap banyak burung hutan namun apabila berhadapan degan burung hutan yang cerdik dan tidak mahu terjun ke anggar jebak ai tidak dapat bertahan lama dan kalah. Tanda pemikat yang kalah ialah ia tidak tidak berderak, lebih banyak melara iaitu bunyi seperti seekor burung yang kalah malah kekadang terus tidak berbunyi berhari-hari setelah balik ke sarangnya. Keadaan ini biasanya menyebabkan pemikat akan naik darah dan kecewa.
Menjinakkan Merbuk
Ambil akar kucing galak rebuskan, masukkan ke dalam bekas minum burung,biarkan seharian baru Salin airnya dengan air biasa ulang setiap minggu, dalam 6 bulan ketitir itu akan mula jinak. Ada juga petua menggunakan daunnya, digentel sehingga bulat sebesar kacang hijau dan suapkan kepadanya sebanyak 3biji seminggu sekali… cara yang lain adalah dengan memandikannya seperti memandikan ayam sabung setiap hari selama seminggu, selepas itu seminggu sekali..
Kepercayaan mitos
burung ketitir jika dibilang ekornya sebelas. Inilah Menteri Burung namanya, terlalu baik sesiapa yang memeliharanya di rumah, dijauhkan Allah taala bala ke atas tuannya. Jika dibilang ekornya lima belas itulah Raja Burung dan sesiapa yang memeliharanya di rumah rumah itu tidak akan dimakan api. jika tubuhnya junjung baik jika ada matanya besar baik dan jika ada kuku jarinya putih itu bertuah jika matanya merah itu pun bertuah dan matanya berkuri itu pembunuh
sedikit petua cara-cara memilih anak merbok tanding:
1.Belilah anak dari baka yang baik, Pilih burung yang mempunyai kong terbaik yang anda boleh perolehi, kong memainkan peranan terpenting di dalam pertandingan. Tidak kira kong besar, kong tolak atau kong naik.
2.Dengar air suara yang cantik, jelas (boleh didengar dari jauh), kristal dan ada angkatan.
3.Cari jalan tengah 3-5. Selalunya burung A jalan 3 sudah memadai, C jalan 5 adalah terbaik. Jalan disini tidak termasuk angkatan dan kong.
4.Pilih anak burung yang rajin sahaja dan tidak liar.
5.Mempunyai dada yang lebar, leher yang panjang seperti cobra.
6.Bentuk badan perlulah besar, tegap, dan berbulu kemas. Menurut petua semakin hitam lorek di tenkok burung menunjukkan burung itu berani berlawan dan burung yang membongkok bila berbunyi menunjukkan burung tersebut rajin. Juga ekor yang meruncing menunjukkan kerajinan berbanding ekor yang berbentuk kipas atau rata dipenghujungnya.
7.Mata yang jernih/ bersinar.
8.Paruh yang besar dan pendek berserta lubang hidung yang besar.
9.Tidak ada kecacatan di anggota tubuh.
BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA BURUNG MERBUK
Menentukan jantina burung merbuk adalah sesuatu yang sangat sukar. walau bagaimanapun beberapa petua yang diamalkan oleh orang orang lama bolehlah diambil sebagai pedoman.
1. Kaedah yang pertama
Kaedah yang pertama ialah dengan mendengar suaranya. kebiasaannya suara burung jantan adalah lebih jelas dan lantang dari burung betina. Kadang-kadang terdapat juga burung betina yang berbunyi seperti jantan tetapi ianya sangat jarang berlaku. Bilangan patah bunyi burung betina tidaklah sebanyak bunyi burung jantan.
2. Kaedah kedua
Kaedah yang kedua ialah dengan melihat susuk badan. Susuk badan burung betina lebih pendek dan bulat berbanding dengan burung jantan yang lebih panjang. Leher burung betina lebih kecil dari burung jantan dan warna putih keabuan pada kepala burung jantan adalah lebih banyak melebihi separuh keluasan kepala berbanding burung betina.
3. Kaedah ketiga
Kaedah yang ketiga ialah dengan memegang burung secara meletakkan kepala dicelah antara dua jari dan terbalikkan ia. Burung jantan akan mengembangkan ekor berbanding dengan burung betina.
4. Kaedah keempat
Kaedah keempat ialah memegang burung, mengangkat dan meletakkannya pada jari pada sebelah tangan lain. Burung jantan akan cuba mengenggam dengan cepat dan kuat berbanding burung betina yang agak lambat dan cengkaman yang lemah.
MENJODOHKAN BURUNG MERBUK
Burung merbuk mula matang pada umur 5 hingga 6 bulan, pada ketika ini kita bolehlah memasukkannya kedalam kandang ternak. Pada usia sebegini adalah lebih senang untuk memasangkannya berbanding dengan usia burung yang lebih tua. Memasngkan burung merbuk bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia boleh melibatkan kematian pada burung betina kerana dipatuk atau dipukul oleh burung jantan. terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan.
1. Kaedah pertama Burung betina dan jantan yang hendak dipadankan dimasukkan kedalam sangkar berasingan dan diletakkan berdekatan untuk tempoh beberapa waktu (paling kurang 2 minggu) supaya mereka saling mengenali. Apabila dilihat kedua dua burung sudah berbaik dan bersedia untuk mengawan barulah kedua-duanya dimasukkan kedalam reban atau kandang ternak. Cara ini agak lambat dan memakan masa dan belum tentu menjamin kejayaan.
2. Kaedah kedua Burung betina dan jantan yang telah dipilih dimasukkan kedalam kandang, kemudian dimasukkan tandan kelapa kering disandarkan dalam reban supaya boleh dijadikan tempat persembunyian oleh burung betina apabila dikejar oleh burung jantan. Cara ini biasanya diamalkan oleh orang orang lama.
3. Kaedah ketiga Sayap burung jantan diikat beberapa helai dengan getah untuk melambatkan pergerakkannya apabila mengejar burung betina. Dengan cara ini burung betina dapat menyelamatkan diri apabila dikejar oleh burung jantan. Ikatan perlulah dibuat dengan betul supaya getah tidak tertanggal, pasangan ini perlu dipantau setiap hari. Keburukan cara ini ialah ianya boleh merosakkan sayap burung jantan tetapi sangat berkesan dan cepat.
4. Kaedah keempat Kedua-dua sayap burung jantan digunting sedikit dengan tujuan untuk melambatkan pergerakkannya apabila terbang semasa mengejar burung betina, cara ini jarang praktikan kerana tuan burung merasa sayang untuk menggunting sayapnya. Cara ini adalah sangat berkesan dan paling selamat berbanding dengan ikatan getah yang berkemungkinan boleh tercabut. Pasangan yang baru dijodohkan hendaklah sentiasa dipantau bagi menjamin keselamatan burung betina. Kematian disebabkan oleh patukan burung jantan boleh berlaku dalam masa sehari sahaja.
KATEGORI SUARA BURUNG MERBUK TANDING
Suara burung merbuk boleh dikelaskan kepada suara A, B dan C. Suara A melibatkan burung yang bersuara garau dan kasar (suara base), suara B ialah suara peringkat pertengahan dan suara C bagi burung yang memiliki suara nyaring. Harga sesekor burung merbuk bukanlah terletak kepada kategori tetapi kepada mutu suara yang dihasilkannya.
KRITERIA SUARA MERBUK TANDING
Kualiti suara burung merbuk tanding boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti suara depan, suara tengah, suara hujung, air-suara dan irama atau melodi.
Air Suara
Air suara merupakan kelantangan bunyi suara yang dihasilkan. Suara burung yang lantang dan stabil merupakan yang terbaik.
Suara Hadapan
Suara hadapan yang baik ialah suara depan panjang mengalun atau menjerit seperti melempar (klauu..uu, wauu..uu ) sebaliknya suara depan yang tarikannya pendek adalah kurang baik. Suara Tengah Ketukan suara tengah harus jelas terkesan suara tersebut terpotong-potong antara satu ketukan dengan ketukan yang lain. Pada masa ini ketukan yang panjang menjadi kesukaan, minimum 4 ketukan, paling penting bunyi ketukan mestilah jelas kedengaran.
Suara Hujung/Kung Suara hujung
adalah suara akhir suara burung merbuk. Suara hujung atau kung yang baik adalah suara yang menggaung panjang mantap dengan nada gema menaik. Trend sekarang ialah burung yang mempunyai suara hujung yang menggelunsur (Tolak) yang panjang.
Irama Irama yang di maksudkan adalah keserasian antara suara depan suara tengah dan suara belakang. Irama boleh diibaratkan sebagai melodi dalam sesebuah lagu. Irama yang indah menjadikannya sedap di dengar hingga rasanya ingin mendengar berulang kali.
Ciri-Ciri Yang Mesti Ada Pada Burung Merbuk Untuk Pertandingan
Dari segi pengamatan saya, ciri-ciri yang diperlukan adalah berbeza menurut kawasan pertandingan. Jika dipantai timur, Ciiri-ciri berikut adalah sangat penting untuk di beri perhatian:
a) Mutu Suara
(b) Rajin
Ini adalah kerana disebelah Pantai timur masa pertandingan adalah singkat dan pengadil mengadili kesemua burung secara serentak. Jika seseekor burung itu bersuara merdu, walaupun tidak rajin tetapi semua pengadil dapat mendengarnya maka ia berpeluang untuk menjadi johan. Ia adalah amat berbeza dengan tempat-tempat lain seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka dan Johor dimana pertandingan dijalankan sebanyak 4 pusingan. Ciri-ciri berikut adalah sangat penting: a) Rajin (b) Suara Keadaan disini adalah amat berbeza kerana sekiranya seseekor burung itu bersuara merdu tetapi berbunyi tidak cukup pusingan maka ia akan kalah kepada burung yang bersuara kurang merdu tetapi berbunyi 4 pusingan penuh.
Bandar togel Hongkong
BalasPadamAgen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
★ Pin BBM : D1A279B6
★ Pin BBM : 7B83E334
★ Whatsapp : +85598291698
★ Skype : Poin.4D
★ Line : +85598291698
Assalamulaikum mcm mna nk tahu burung tu bgus kew tidak adakah tgok pada bulunye ataupun parohnye...
BalasPadamMcam mna sifu ?
PadamTka
BalasPadam