Jumaat, 24 Oktober 2014

petua bg suara burung ok



1. masukkan pokok asing dlm bekas air minumannya.


2. suapkan 3 helai daun rumput tahi babi selama 3 hari.


3. berikan daun hempedu bumi.


4. masukkan tahi lembu yg baru ke dalam bekas minuman waktu pagi dan buang waktu petang. ulang selama 3 hari.


5. berikan daun ati-ati selama 3 hari.

Petua Menjinakkan Ketitir


Minggu lepas aku berkesempatan bekunjung ke rumah Otai Syukur Bersia. Lama tak turun ke laman. Kebetulan pula ada masa terluang. Sembang punya sembang dia bawa cerita baru. Katanya minggu sebelumnya ada seorang otai ketitir dari Pahang berkunjung ke rumahnya. Otai yang tidak dikhabarkan namanya itu memberi petua baru cara menjinakkan ketitir yang baru diperolehi.      
       
               Kata Otai itu untuk menjinakkan ketitir ada petua mudah. Ambil sebiji tahi kambing. Masukkan ke dalam bekas minum burung tersebut. Salin airnya selepas 3 hari dan ulang seperti semula dengan memasukkan sebiji tahi kambing ke dalam air minumnya. Katanya dalam 6 bulan ketitir itu akan bisa dijadikan pemikat. Itulah petuanya.
 
              Aku belum cuba dan Syukur sedang mencubanya. Maklumbalas yang diberikan ada kebenarannya kerana ketitir yang baru diperolehi beberapa minggu yang lalu telah kelihatan jinak dan mula meratuh. Saudara peminat ketitir sekalian boleh cuba dan maklumkan jika ada kesan.... betukar-tukar maklumat apa salahnya dalam mencuba petua yang diberikan oleh otai dalam permainan ini.